Sebagai makanan Siakap

Barramundi piebald color morph

Ikan Siakap memiliki isi putih, berkeping, sungguhpun ikan air tawar yang lebih besar biasanya memiliki banyak lemak badan. Ikan Siakap laut pula dikatakan sedap dimakan.

Di Australia, Ikan Siakap merupakan ikan hidangan popular ("iconic") yang digemari di seluruh negara. Ia boleh dikatakan jenama khusus Australia. Namanya inggerisnya-"Barramundi" diambil dari nama untuk Ikan Siakap yang diberikan oleh masyarakat peribumi Australia. Bagaimanapun, permintaan bagi ikan ini amat tinggi di Australia sehinggakan sebahagian besar darinya diimport. Ini memberikan tekanan ekonomi besar pada pengeluar ikan Siakap Australia, bagi kedua-dua nelayan dan penternak kerana kos penghasilan tempatannya adalah jauh lebih tinggi kerana piwaian kawalan persekitaran dan keselamatan makanan yang dikenakan oleh kerajaan Australia. Sementara Pelebalan Negara Asal memberikan pengguna kepastian mengenai asal ikan Siakap pada peringkat retail, tidak ada syarat bagi perkhidmatan makanan dan pekedai restoran bagi meletakkan label asal ikan Siakap mereka. Dengan itu, pelanggan menganggap mereka makan ikan Siakap yang ditangkap atau diternak di perairan Australia, namun sebenarnya mereka berkemungkinan besar dihidangkan ikan Siakap yang diimport kerana harganya yang jauh lebih rendah.

Ikan Siakap merupakan ikan kegemaran bagi pemangsa puncak kawasan ini, buaya Tembaga (Crocodylus porosus), yang diketahui pernah merampasnya dari nelayan yang lalai.

Ikan Kerakap Nil—iakn yang serupa terdapat dalam Tasik Victoria, Afrika—sering kali salah label sebagai ikan siakap. Ia tidak termasuk dalam cadangan bagi ikan siakap ternak Amerika Syarikat. Sepsies ini pada asalnya diletakkan dalam genus Holocentrus, dalam beryciform keluarga Holocentridae.

Ikan Siakap dikenali dengan nama Pla Krapong di Thailand [5] dan dan ianya juga adalah antara ikan paling popular untuk masakan Thai di Thailand Thai cuisine. Ikan siakap sering dimasak stim dengan air limau lime dan bawang putih garlic, atau digoreng bersama serai lemongrass dan lain-lain cara masakan. Ikan Siakap sering diletakan di dalam akuarium di restoran makanan laut di seluruh Thailand, di mana ianya sering dilabel ikan Kerapu (snapper) atau sea-bass di dalam menu.[6]